Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif Bicara Dakwah di Surau Taman Bunga Raya
a

YADIM Interaktif Bicara Dakwah di Surau Taman Bunga Raya

SUNGAI PETANI – Selain Bedong, YADIM Kedah juga telah mengadakan satu lagi program sempena Aidiladha pada 3 Julai.

Program YADIM Interaktif Bicara Dakwah sempena Aidiladha telah berlangsung di Surau Taman Bunga Raya di sini kerjasama Ahli jawatankuasa dan Biro Kebajikan surau berkenaan dengan kehadiran 47 orang peserta.

Pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohammad yang merupakan penyelaras program telahmenyampaikan ceramah bertajuk ‘Erti Korban
?’ 

Pengisian beliau menyentuh mengenai pelbagai aspek berkaitan korban seperti sejarah, syarat, binatang korban, akad jual beli, akad untuk sembelihan, agihan, ganjaran mereka yang menyertainya dan lain-lain lagi.

Selesai kuliah, semua peserta menunaikan solat Isyak berjemaah dan diberi jamuan pulut durian daripada pihak surau.

Hadir ke program ini ialah Imam Surau, Tuan Haji Mustafa Yaacob, Setiausaha, Haji Wan Ali Marzuki, Bendahari, Haji Hassan Sulaiman dan Pengerusi Biro Kebajikan, Inelis Haji Mahmood.

Artikel Berkaitan

Pelajar terbaik PSRA Selangor peroleh 11A SPM

KUALA LUMPUR – Bekas pelajar terbaik Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) Selangor 2017 mengulangi pencapaian cemerlang apabila memperoleh 11A dalam SPM 2022.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *