Home » Citra Yadim » Kunjungan kepada Timbalan Mufti Sabah

Kunjungan kepada Timbalan Mufti Sabah

“KALAU Perlu ikut, saya ikut. InsyaAllah untuk dakwah.

“YADIM di Sabah memang aktif, dan kita pun sudah lama bekerjasama erat,” kata Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibul Fadilah Datuk Ustaz Haji Abdul Manap bin Lakariba ketika menerima kunjungan YADIM di pejabatnya pada 22 Jun.

Terima kasih diucapkan atas komitmen yang ditunjukkan untuk sama sama kita melestari gerakan dakwah di Sabah.

Kami kongsikan foto sekitar kunjungan YADIM ke Pejabat Mufti Negeri Sabah pada 22 Jun.

Perbincangan secara santai diadakan antara beliau dengan pihak YADIM. Meskipun baharu berjumpa, namun seakan akan telah lama kenal mesra.

Banyak yang dikongsi dan dibincangkan bersama seperti isu semasa, cabaran dalam dakwah serta peluang untuk melaksanakan program bersama.

Hadir mewakili badan dakwah ini ialah Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Haji Sainuri Yahmin, Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud dan pegawai pegawai badan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *