Home » Langit Terbuka » Johan Qari Tilawah Al-Quran Antarabangsa Terima Sumbangan Rumah

Johan Qari Tilawah Al-Quran Antarabangsa Terima Sumbangan Rumah

AHMAD (tiga dari kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada Wan Ainuddin (empat dari kanan) di Kampung Sungai Mas, semalam. - Foto Berita Harian

MACHANG: Johan Qari Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-58 pada 2016, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, menerima sumbangan sebuah rumah daripada kerajaan negeri.

Wan Ainuddin, 36, menerima rumah bernilai RM150,000 sebagai penghargaan dan perangsang kepada golongan muda di Kampung Sungai Mas di sini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata setakat ini, kerajaan negeri sudah menyumbang empat rumah kepada pelbagai penerima seperti pelajar cemerlang dan ikon sukan di Kelantan.

“Kita memberi sumbangan kepada individu yang menjadi ikon masyarakat supaya menjadi pencetus semangat kepada anak muda di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan kunci rumah kepada Wan Ainuddin di sini, hari ini.

Sementara itu, Wan Ainuddin bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri memberikan sumbangan itu.

Beliau yang berasal dari Kubang Pasu, Kota Bharu berkata, ganjaran itu dianggap rezeki empat anaknya berusia antara sembilan hingga 12 tahun.

Wan Ainuddin yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), juga adalah imam sepenuh masa di Masjid Al-Iman Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *