Home » Langit Terbuka » Johan tilawah buta sejak lahir

Johan tilawah buta sejak lahir

Muhammad Syafi Izwan Mohd. Suhaimi bersama kontinjen Kuala Lumpur yang dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan - Utusan Malaysia

KOTA BHARU – Walaupun ditakdirkan buta sejak lahir dan tidak pernah melihat seperti orang lain, Muhammad Syafi Izwan Mohd. Suhaimi, 18, tidak pernah menjadikannya sebagai penghalang untuk dirinya mempelajari bacaan al-Quran dengan ‘tarannum’.

Muhammad Syafi Izwan yang dinobatkan sebagai Johan Tilawah Lelaki bagi kategori sekolah menengah sudah mula meminati bacaan al-Quran sejak di sekolah tadika lagi.

Muhammad Syafi Izwan – Utusan Malaysia

“Masa itu, minat saya mula terdorong untuk mempelajari ‘tarannum’ apabila ayah selalu membeli kaset mengaji dan apabila selalu mendengar di radio, saya mula mempelajari bacaan al-Quran Braille di sekolah semasa umur tujuh tahun.

“Malah, sejak dari itu saya sudah mula memasuki pertandingan tilawah dan pernah menjadi johan semasa di sekolah rendah bagi peringkat kebangsaan pada 2013,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di sini.

Seramai 689 peserta dari 16 negeri mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama empat hari itu.

Sebanyak enam acara dipertandingkan seperti tilawah al-Quran, hafazan, nasyid, khat, bercerita dan syarahan yang menobatkan kontinjen Kuala Lumpur sebagai johan keseluruhan.

Dalam pada itu, pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Setapak, Kuala Lumpur itu turut menggenggam impian untuk menghafal al-Quran sebanyak 30 juzuk suatu masa nanti.

“Saya bercita-cita untuk menyambung pengajian di Darul Quran selepas tamat sekolah menengah nanti dan ingin menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat,” jelasnya. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *