Home » Langit Terbuka » Tidak perlu kursus pra perkahwinan ketika PKPB

Tidak perlu kursus pra perkahwinan ketika PKPB

Sepanjang PKPB di Kedah, pasangan ditemuduga untuk berkahwin juga tidak dikenakan sebarang yuran dan proses itu dijangka mengambil masa kira-kira 15 minit. - Foto Pesona Pengantin

ALOR SETAR – Bakal pengantin tidak perlu mengikuti kursus pra perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebaliknya hanya perlu ditemuduga sebelum dinikahkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memberi kelonggaran itu kepada calon suami dan isteri berikutan kursus pra perkahwinan tidak dapat diadakan akibat pandemik Covid-19.

Katanya, pasangan ditemuduga juga tidak dikenakan sebarang yuran dan proses itu dijangka mengambil masa kira-kira 15 minit bagi memudahkan bakal pengantin.

“Kursus pra perkahwinan selalunya mengambil masa enam jam dan bakal pengantin perlu menghadiri kelas dianjurkan oleh pihak yang diberi kelulusan sebelum sijil kursus dikeluarkan, jadi ketika PKPB kursus ini tak dapat diadakan.

“Bagi calon yang belum mengikuti kursus ini dan mahu bernikah ketika PKPB, maka mereka akan ditemuduga ringkas seperti hanya diminta untuk mengucap syahadah dan beristighfar sebelum akad nikah,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini (27 Mei). – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *