Home » Langit Terbuka » Johor tangguh peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama

Johor tangguh peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama

Johor menangguhkan peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama sehingga ada arahan baru daripada Bahagian Pendidikan Islam Negeri. - Foto mknace unlimited

KULAI – Kerajaan negeri Johor memutuskan untuk menangguhkan peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama di negeri itu susulan penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata keputusan itu dibuat selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan mengenai penangguhan tarikh beberapa peperiksaan pada tahun ini berikutan pandemik itu.

Beliau berkata peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama dijadualkan pada September dan Oktober tahun ini.

“Kita akan tangguh (peperiksaan) mengikut bagaimana keputusan kementerian. Sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selesai, akan ada arahan baru daripada Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor,” katanya, di sini.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan sayur-sayuran kepada penduduk di Pangsapuri Rakyat hasil sumbangan pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *