Home » Langit Terbuka » Johor warta marhalah musafir 81km

Johor warta marhalah musafir 81km

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penetapan bahawa penentuan kadar dua marhalah bagi musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqah lain yang memberi keringanan (rukhsoh) adalah 81km. - Foto NSTP

JOHOR BAHRU: Fatwa 81 kilometer (km) jarak baharu dua marhalah sebagai syarat sah solat jamak dan qasar serta hukum fiqah lain, sudah diwartakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Khamis minggu lalu.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor bertarikh 9 November lalu mengikut ketetapan Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 (Enakmen 16 Tahun 2003).

“Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, atas perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan fatwa yang dinyatakan untuk disiarkan menurut Subseksyen 48 (6) enakmen itu.

“Adalah ditetapkan bahawa penentuan kadar dua marhalah bagi musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqah lain yang memberi keringanan (rukhsoh) adalah 81km,” katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *