Home » Citra Yadim » Program Celik Akidah di SK 2 Taman Keramat

Program Celik Akidah di SK 2 Taman Keramat

YADIM Negeri Selangor menggerakkan Du’at untuk bersama-sama dalam pengisian slot bagi Program Celik Akidah di Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat pada 10 November.
Program yang diadakan di dewan terbuka sekolah tersebut disampaikan oleh Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan Du’at, Daie Muda YADIM Nur Liyana Sukhaimi, kepada lebih 300 murid-murid Islam tahap 1 dan 2 dalam dua sesi.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada golongan cilik ini mengenai bahaya masalah salah faham akidah dan kekufuran.
Turut hadir ke program tersebut ialah Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof dan Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat, Puan Hazlina Aripin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *