Home » Citra Yadim » Menteri di JPM rasmi program Pasca Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu

Menteri di JPM rasmi program Pasca Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu

CHENDERING – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 19 Julai telah merasmikan Program YADIM Peduli : Pasca Musa’adah Covid-19 Warga Nelayan Negeri Terengganu di  Pelabuhan LKIM Chendering di sini.

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu ini diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Ia merupakan sebahagian daripada siri program menyantuni 1,000 nelayan yang disasarkan YADIM Terengganu.

Dalam program hari ini,  Dr Zulkifli telah menyampaikan ‘food basket’ mengandungi barangan keperluan dapur kepada wakil PNK Marang, PNK Kijal, PNK Kemasik dan PNK Paka, sebelum beliau sendiri menyampaikan sumbangan kepada nelayan yang hadir.

Seramai 120 keluarga nelayan menerima manfaat daripada program hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Hilmi Dato’ Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Yang Berhormat Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasarudin Hassan.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh,  Pengarah LKIM Negeri Terengganu, Yang Mulia Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmood dan Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang.

Dalam pada itu Hilmi ketika berucap memuji program YADIM ini yang disifatkannya sebagai tepat pada masanya.

“Terengganu mempunyai pantai antara yang terpanjang di Malaysia, kita juga miliki bilangan nelayan yang ramai, yang secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi dan jaminan keselamatan makanan negara.

“Justeru inisiatif YADIM ini memang bertepatan kerana masih ada nelayan yang menjadi mangsa Covid-19,” katanya.

Dalam program ini juga, Dr Zulkifli telah menyampaikan sumbangannya kepada seorang mangsa kebakaran di kawasan ini.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *