Home » Citra Yadim » Juvita Seafood – SAY Kuala Langat sampai sumbangan asnaf Tanjung Sepat

Juvita Seafood – SAY Kuala Langat sampai sumbangan asnaf Tanjung Sepat

BANTING – Sukarelawan YADIM Kuala Langat meneruskan kerjasama dengan Restoran Juvita Seafood bagi menyantuni golongan yang memerlukan.Inisiatif terbaharu mereka diadakan pada 21 Ogos lalu di sini apabila restoran terkenal di sini itu menaja sumbangan barangan dapur untuk 10 keluarga asnaf di Tanjung Sepat.

Mereka yang disantuni kebanyakannya merupakan ahli keluarga asnaf yang mengidap penyakit tahap kronik dan tidak berupaya bekerja bagi menampung kehidupan.

Hadir menyampaikan sumbangan dalam program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Juvita Seafood sebelum ini telah beberapa kali menaja sumbangan untuk program kebajikan di daerah Kuala Langat seperti di Mukim Telok Panglima Garang dan beberapa kawasan lain.

SAY Kuala Langat mengalu alukan sebarang pihak yang ingin bekerjasama dengan mereka bagi menyantuni pebagai lapisan masyarakat di daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *