Home » Langit Terbuka » Kanak-kanak mangsa mercun meninggal dunia

Kanak-kanak mangsa mercun meninggal dunia

Nuraqira Khaeefa Muhamad Saad, 7, meninggal dunia semalam selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru akibat bermain mercun.

KOTA TINGGI  – Mangsa mercun, Nuraqira Khaeefa Muhamad Saad, 7, meninggal dunia selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Difahamkan, dalam kejadian pada Khamis lalu, mangsa tidak sedarkan diri selepas cedera di bahagian kepala akibat terkena mercun ketika berada di kediaman keluarganya di Felda Papan Timur, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah ketika dihubungi memberitahu, kejadian tersebut berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kes dilaporkan pada 18 Jun lalu. Setakat ini kita siasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan; Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Jenazah kanak-kanak itu yang dibawa pulang ke rumah datuknya malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Papan Timur, pagi tadi. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *