Home » Langit Terbuka » Kanak-kanak Rohingya trauma kembali ke Myanmar

Kanak-kanak Rohingya trauma kembali ke Myanmar

Kanak-kanak Rohingya mengalami trauma akibat krisis yang berlakku di wilayah Rakhine. Foto : https://www.thedailystar.net

COX’S BAZAR 26 Jan. – Agensi-agensi bantuan menyifatkan program penghantaran semula masyarakat Rohingya ke negeri Rakhine di Myanmar hanya akan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak khususnya.

“Kita tahu kanak-kanak yang telah trauma dan memerlukan rawatan pakar, keadaan mereka akan lebih teruk sekiranya dipaksa pulang,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Justin Forsyth.

Sementara itu, seorang kanak-kanak Rohingya iaitu Sadiya menceritakan kembali detik-detik kekejaman tentera Myanmar di Rakhine.

“Kawan saya dibunuh oleh tentera dan golongan Buddha ketika kami cuba melepaskan diri. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat.

“Jika kita kembali sekarang, mereka akan membunuh kami semua. Saya tidak fikir untuk kembali,” katanya. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *