Home » Langit Terbuka » Kebangkitan umat Islam akan terus berlaku

Kebangkitan umat Islam akan terus berlaku

Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


PUTRAJAYA 27 Jan. – Kebangkitan umat Islam terutama dalam perjuangan membebaskan Baitulmuqaddis akan terus berlaku walaupun ditekan oleh pihak-pihak tertentu, tegas Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, kesedaran seluruh dunia meliputi negara-negara Islam dari benua ke benua akan terus kukuh dalam usaha menyelesaikan isu melibatkan Palestin.

“Kita dapat tahu ada usaha untuk memperkecilkan perjuangan Palestin. Mereka memperkecilkannya sehingga ke ‘lubang biawak’. Namun mereka gagal untuk memberi alasan kukuh bagi mengetepikan isu Palestin sehingga dilupakan.

“Ini menunjukkan isu Palestin adalah isu semua pihak. Kita lihat hari ini pelbagai pihak seluruh negara telah bersatu di saf pertama berhadapan dengan pihak berkenaan,” katanya ketika berucap meyempurnakan majlis pembukaan Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAqsa (MyAqsa), Dr. Noorazman Mohd. Samsuddin. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *