Home » Langit Terbuka » Karnival Rahmah 2019 bawa mesej kasih sayang, harmoni
a

Karnival Rahmah 2019 bawa mesej kasih sayang, harmoni

Karnival Rahmah menyasarkan pengunjung daripada pelbagai kaum dan bangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto JAKIM

PUTRAJAYA – Kasih sayang dan hidup dalam suasana harmoni di negara ini antara mesej dibawa pada Karnival Rahmah 2019 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya di sini bermula 26 hingga 29 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, mesej tersebut penting kerana Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk berkasih sayang bukan sahaja terhadap sesama Muslim tetapi kepada seluruh makhluk.

Setiap gerai pameran mempunyai enam nilai utama RAHMAH iaitu Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat. Setiap gerai ada nilai tersendiri yang akan diterjemah dan ia sarat dengan mesej.

“Dalam suasana hari ini yang penuh dengan pelbagai isu perkauman yang menjurus kepada kebencian dan sebagainya, diharapkan karnival ini boleh membawa mesej kedamaian dan keharmonian yang sangat diperlukan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini (25 September).

Mujahid berkata, karnival dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu berkonsepkan edutainment yang menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan untuk semua lapisan masyarakat.

“Kita menyasarkan lebih ramai pengunjung daripada pelbagai kaum dan bangsa. Pelbagai program dan aktiviti yang sesuai untuk semua pengunjung antaranya karnival kanak-kanak, program pencarian bilal, maidatul Quran, halal Fun Run, pesta buah-buahan (Sabtu), jamuan rahmah, konsert rahmah dan eco alami ride serta pertunjukan paragliding,” katanya.

Katanya, orang ramai juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang karnival antaranya pakej umrah dan motosikal Yamaha 15ZR dengan mengumpulkan cop di gerai-gerai yang ditetapkan.

“Gerai daripada agensi-agensi hal ehwal Islam juga turut disediakan dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Karnival Rahmah 2019 atau Instagram KarnivalRahmah2019,” katanya.

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *