Home » Langit Terbuka » Kasta Dalit Hindu peluk Islam

Kasta Dalit Hindu peluk Islam

sumber

NEW DELHI, Selasa – Sekumpulan penganut Hindu daripada kasta Dalit di Kampung Bhagana di daerah Hisar memeluk Islam di Jantar Mantar di sini, Sabtu lalu.

Dalit yang membawa maksud ‘tertindas’ adalah nama yang diberikan oleh parti politik kepada kasta yang tidak boleh disentuh berdasarkan sistem kasta Hindu.

“Kami tidak lagi berasa seperti sebahagian daripada penganut Hindu. Mereka yang berkasta lebih tinggi senantiasa melayan kami seperti bukan manusia. Jadi buat apa lagi kami menganut agama yang sedemikian rupa,” kata Presiden Bhagana Kand Sangharesh Samiti, Virendrar Bagoriya, pertubuhan mewakili kasta Dalit.

Beliau mengesahkan Maulana Abdul Hanif dari Masjid Qutab Minar berdekatan penempatan mereka mengadakan majlis memeluk Islam.

“Kami mengucapkan kalimah syahadah dan bersolat,” kata Bagoriya.

Pemimpin Dalit sebelum ini membuat aduan kepada pihak berkuasa, termasuk kepada pemimpin Hindu, berhubung diskriminasi terhadap mereka, namun tidak dipedulikan.

Ketika memberitahu media, pemimpin Dalit itu berkata, mereka berasa seperti orang asing di kalangan penganut Hindu, kegagalan pentadbiran daerah untuk menyelesaikan masalah dan tindakan kerajaan negeri yang mengetepikan mereka menyebabkan mereka mencari perlindungan Islam.

Selama lebih tiga setengah tahun kumpulan itu merayu pihak berkuasa tempatan supaya menyediakan peruntukan yang dijanjikan kerajaan negeri dan mengambil berat mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap mereka oleh kasta yang lebih tinggi.

Permohonan mereka untuk mendapatkan tanah juga tidak diluluskan.

Selain itu, mereka mendakwa polis dan pihak berkuasa tempatan gagal menyelesaikan kes rogol yang berlaku. Mereka berkata, pihak polis menutup kes yang dilakukan kasta lebih tinggi terhadap mereka.

“Sudah lama mereka menganggu kami. Mereka menafikan hak ke atas tanah kami dan merogol gadis kami. Di samping tidak mengambil tindakan ke atas perbuatan itu, pemimpin kami pula didakwa di mahkamah atas tuduhan mencuri dan beberapa tuduhan lain,” kata seorang lagi pemimpin Dalit, Rampal Jhanda.

Majlis memeluk Islam itu dilakukan di bawah pengawasan pegawai daripada pertubuhan Muslim di New Delhi, Dr Abdul Razzaq. – Agensi

Sumber daripada www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *