Home » Citra Yadim » Kayuhan santuni anak yatim YADIM Pahang

Kayuhan santuni anak yatim YADIM Pahang

PEKAN – Berbasikal 74 kilometer untuk kerja dakwah ? Kedengaran jauh, tetapi jika sudah membulatkan tekad untuk melaksanakan kebajikan, ia bukan satu masalah.

Demikian yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dan rakan strategiknya pada 6 November apabila berbasikal dari Stesen Minyak Shell Inderapura  ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darul Salam Al-Mukhtar di sini.

Seramai 60 peserta terlibat dalam program kayuhan selama 90 minit menyantuni anak yatim ini yang turut disertai wakil syarikat barang kemas Makmur Gold dan Meroket Cycling Team Kuantan.

20 anak yatim termasuk penjaga institusi berkenaan disantuni dalam program ini. Mereka menerima sumbangan wang tunai, alat tulis dan barangan keperluan harian.

Program ini juga disertai selebriti dakwah, Ustaz Nabil Ahmad yang turut sama berbasikal ke rumah anak yatim tersebut. Ustaz Wan Ahmad Razif  Wan Abd Ghani mewakili Meroket Cycling Team manakala YADIM Pahang diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Dr Amirul Mukmin dalam program ini.

Sumbangan disampaikan kepada penyelia rumah anak yatim berkenaan, Nik Farah Amalina Nik Ibrahim.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *