Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat ziarah kasih warga emas

SAY Kuala Langat ziarah kasih warga emas

BUKIT CHANGGANG – Meskipun kini banyak menumpukan perhatian kepada  sumbangan pendidikan, namun program kebajikan tidak dilupakan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.

Pada 7 November mereka menziarahi keluarga seorang warga emas, pesakit buah pinggang di Tanah Rancangan Belia di sini.

Turut diziarahi ialah keluarga seorang lagi warga emas di Dengkil yang bakal menjalani pembedahan kaki akibat terjatuh.

Keduanya menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Mereka mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan SAY Kuala Langat menyantuni mereka.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin, Setiausahanya Hanizah Sumiri dan ahli jawatankuasa pasukan ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *