Home » Citra Yadim » Keluarga waris wira negara disantuni YADIM Melaka

Keluarga waris wira negara disantuni YADIM Melaka

KRUBONG – Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Siapa sangka suami tercinta boleh pergi dalam sekelip mata, namun demikian yang terpaksa ditempuhi Noraida Che Noh apabila suaminya terkorban ketika menjalankan tugas .

Mohd Diya Che Jusoh seorang anggota bomba dari sini, menemui ajal akibat tergelincir lalu jatuh ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat pada 20 Oktober.

Prihatin dengan nasib keluarga waris, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni mereka pada 22 Oktober menerusi pemberian Kit Musaadah dan sumbangan tunai untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.

Hadir mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim dan wakil Rakan Siswa YADIM Melaka, Nur Natasha Alishah Mohan.

Turut hadir ialah Penghulu Dewan Undangan Negeri Paya Rumput,  Mohd Firdaus dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Krubong, Irman.

Allahyarham Mohd Diya meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak berusia 9 hingga 18 tahun.

Insiden yang menimpa Mohd Diya mendapat perhatian seluruh negara dan Allahyarham dianggap sebagai wira yang gugur ketika menjalankan tugas.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *