Home » Citra Yadim » “Terima kasih, jangan serik datang lagi ke Simunjan”

“Terima kasih, jangan serik datang lagi ke Simunjan”

SIMUNJAN – Seramai 100 keluarga asnaf di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Musa’adah YADIM pada 22 Oktober.

Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Hadir ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan
Yang Berhormat Awla Dris, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Kalid Bin Manap, Penghulu Simunjan, Ahmaddol Bin Simpoi dan Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

Seramai 15 ketua ketua kampung dan komuniti hadir ke program ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Awla mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YADIM menyantuni penduduk di kawasan tersebut.

“Harapnya agar program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Jangan serik datang ke Simunjan lagi” ujarnya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *