Home » Citra Yadim » Kem Daie Muda Matrikulasi Peringkat Kebangsaan melabuhkan tirai

Kem Daie Muda Matrikulasi Peringkat Kebangsaan melabuhkan tirai

KEM Daie Muda Matrikulasi Peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirai pada 4 Februari setelah berkampung di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak selama 3 hari.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Matrikulasi Perak, Encik Azman Mokhtar.
Dalam ucapannya, beliau berharap segala ilmu yang diperolehi daripada kem ini dapat dikongsikan dengan pelajar lain selepas peserta pulang ke kolej masing-masing.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada fasilitator YADIM dan penyampaian hadiah kepada para pemenang termasuklah untuk Pertandingan Ikon Daie Dakwah Kem Daie Muda Matrikulasi yang menampilkan 16 peserta terbaik beraksi daripada 260 peserta yang hadir.
Penolong Pengarah Kepimpinan Muda YADIM, Encik Mohammad Faiz Safwan Abd Kadir, hadir sama ke majlis ini.
KEPUTUSAN RASMI PEMENANG KEM DAEI MUDA MATRIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2023/2024
Peserta Terbaik Lelaki
Najib Lian bin Nampat
Kolej Matrikulasi Labuan
Kumpulan 17
Peserta Terbaik Perempuan
Nur Amani binti Saidin
Kolej Matrikulasi Kedah
Kumpulan 15
Kumpulan Terbaik: Kumpulan 2
Kontinjen Terbaik (Kolej)
Kolej Matrikulasi Perak
Pemenang Ikon Dakwah:
Juara: Tun Muhammad Aiman Haikal bin Hussin (Kolej Matrikulasi Perak) – 84.67%
Naib Juara: Mohammad Iqbal bin Haibil (Kolej Matrikulasi Labuan) – 83.83%
Ketiga: Ahmad Aidid bin Zukkernain (Kolej Matrikulasi Perlis) – 82.83%
YADIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *