Home » Citra Yadim » Kem Kepimpinan Madani Remaja di INDAH

Kem Kepimpinan Madani Remaja di INDAH

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah mengadakan Kem Kepimpinan Madani Remaja bersama Pertubuhan Sukarelawan Al Falah di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat selama 3 hari 2 malam bermula 2 Februari lalu.
Program ini melibatkan seramai 70 pelajar daripada beberapa sekolah seluruh Negeri Sembilan bersama guru pengiring mereka.
Para peserta diberi tarbiyah dan pengisian disiplin selain sentuhan ruh semangat baharu bagi melahirkan bakat kepimpinan di sekolah masing-masing.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah KEMUDA, Encik Shahrizal Mat.
Sekolah-sekolah yang terlibat ini juga mengadakan jalinan pendidikan bagi meneruskan kerjasama program bersama YADIM untuk melahirkan pimpinan anak muda.
YADIM diwakili Penolong Pengarah KEMUDA Cik Anis Razani dan Cik Shuhada Ibrahim dalam program ini manakala pihak sekolah diwakili Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mambau, Mohd Yazid Mohd Ali dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Al Falah Negeri Sembilan, Encik Abdul Latif Mohd Yunos.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *