Home » Citra Yadim » Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM Zon Utara

Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM Zon Utara

KEM Kepimpinan Rakan Belia YADIM Zon Utara telah berlangsung pada 6 hingga 8 Oktober di Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah.
Seramai 100 peserta daripada ahli Rakan Belia YADIM (RBY) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)Jitra, IKBN Naka, IKBN Kuala Perlis dan IKBN Seri Iskandar.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin.
Hadir sama ialah Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Puan Norhazita Kamaludin, Penolong Pengarah (Ketua Unit Belia) Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Puan Nurul Ashikin Zakaria dan Penolong Pegawai Latihan Kanan (HEP) 3 Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Encik Khairul Anwar Kamarudin.
Dengan berlangsungnya Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM ini, maka telah lengkap program ini di semenanjung.
Unit Belia YADIM seterusnya akan ke Sabah dan Sarawak pula untuk program yang sama di sana.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *