Home » Citra Yadim » Program ‘Bicara Dakwah Wanita Dambaan Syurga’.

Program ‘Bicara Dakwah Wanita Dambaan Syurga’.

KERJASAMA YADIM Johor dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ternyata berhasil menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.
Terbaharu pada 8 Oktober, seramai 50 klien AADK Johor disantuni dalam program ‘Bicara Dakwah Wanita Dambaan Syurga’.
Bertempat di Dewan YADIM Johor, program anjuran YADIM Johor bersama AADK Johor ini menampilkan dua penceramah memberi pengisian iaitu wakil WADAH Negeri Johor, Encik Mohd Sidek Roslan, sebagai panel pertama yang membawa tajuk ‘Sembang Santai Malaysia MADANI’.
Panel kedua ialah Ustazah Siti Nuur Afiqah Mohd Saleh daripada ABIM Johor yang membicarakan tentang Fiqh Wanita.
Di akhir program, para peserta menerima sumbangan Bakul Rahmah daripada Yayasan Pembangunan Eknonomi Islam Malaysia (YAPEIM).
Pengarah YADIM Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *