Home » Citra Yadim » Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) di Selangor

Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) di Selangor

KEM Rimba Bukit Lagong, Selayang menjadi lokasi seterusnya penganjuran program ikonik YADIM, Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) di Selangor.
Seramai 45 peserta dari Selayang menghadiri kem selama dua hari pada 5 dan 6 Februari ini.
Kesemuanya menerima pendedahan aktiviti dalam dan luar kelas yang direka bertujuan melahirkan remaja yang mempunyai sahsiah terpuji selain aktif jasmani dan rohani serta mengamalkan nilai-nilai Islam.
Jurulatih utama untuk program ini ialah Encik Anuar Yaman, bekas pegawai polis yang berpengalaman luas serta terlibat dalam pelbagai program motivasi untuk pelajar dan belia.
Hari pertama menyaksikan para peserta menerima pengisian dalam kelas daripada beberapa orang Daie Muda YADIM.
Hari kedua pula bermula dengan aktiviti flying fox dan sesi luar kelas sebelum sesi penutup yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Turut hadir ke majlis penutupan ini adalah Ahli Majlis Zon 10 Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Encik Ahmad Zahiri Zahid Sofian, Ahli Majlis Zon 11 MPS, Encik Mohd Montazeri Nordin dan Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof.
REPSOL sebelum ini diadakan di Puchong dan Kepong untuk negeri Selangor.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *