Home » Citra Yadim » Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Antarabangsa Melestari Gerakan Dakwah kali ke-2

Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Antarabangsa Melestari Gerakan Dakwah kali ke-2

MESYUARAT Penyelarasan Konvensyen Antarabangsa Melestari Gerakan Dakwah kali ke-2 telah diadakan pada 5 Mac di ibu pejabat YADIM di Putrajaya.
Ia dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM sesi 2024/2026, Prof. Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail.
Konvensyen berkenaan dijangka akan diadakan pada September nanti di Universiti Multimedia Cyberjaya. Ini merupakan kali ke-2 ia diadakan selepas penganjuran kali pertama pada tahun 2022.
Konvensyen nanti akan bertemakan ’Transformasi Dan Strategi Dakwah Di Era Pendigitalan’ yang akan mengudang para pakar dalam bidang dakwah dan digitalisasi. Selain itu sesi sidang selari juga akan diadakan bagi mengumpulkan artikel yang terpilih untuk diterbitkan di Jurnal YADIM.
Para penyelidik, pasca siswazah dan semua pihak yang berkaitan diundang untuk menghantar artikel tersebut. Boleh layarai di laman sesawang Jurnal YADIM : https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim
Selepas mesyuarat itu pula diadakan bengkel pengurusan dan pengoperasian Jurnal YADIM yang dikendalikan oleh Prof Datuk Dr Roslan Abd Syukor. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa pemilihan MyCite Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga mantan Ketua Editor Jurnal Sains Malaysiana Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah diiktiraf oleh Scopus sejak 2003.
Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan kepada semua ahli Sidang Editorial berkaitan pengurusan dan pengoperasian yang perlu diberi perhatian serta penambahbaikan yang perlu dibuat dalam Jurnal YADIM bagi memperolehi pengindeksan MyCite.
Sidang Editorial sangat berbesar hati dan bertuah kerana Prof Datuk Dr Roslan sudi hadir ke YADIM dan tidak lokek membimbing, menjawab soalan-soalan dan memberi panduan kepada ahli sidang bagi memperbaiki dan menambahbaik Jurnal YADIM bagi mencapai taraf ke arah MyCite.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *