Home » Citra Yadim » Kem Remaja YADIM Pahang 1.0 terima penyertaan luar biasa

Kem Remaja YADIM Pahang 1.0 terima penyertaan luar biasa

KUANTAN- Pada 25 dan 26 Jun YADIM Pahang telah mengadakan Kem Remaja YADIM Pahang 1.0 bertempat di Lagoona Villa Resort, Cherating.

Ia menerima sambutan penyertaan yang amat baik daripada seluruh daerah negeri ini terutamanya daerah Kuantan, Pekan, Temerloh dan Rompin.

Program selama dua hari satu malam ini telah menerima pendaftaran awal atas talian lebih daripada 100 orang peserta remaja sekolah menengah, namun atas kapasiti lokasi program, ia terpaksa dihadkan kepada 100 orang sahaja.

Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini Ice-Breaking, Halaqah Zikir Munajat, Kuliah Subuh, Asas Kawad Kaki, Flying Fox serta perkongsian interaktif daripada cendekiawan-cendiakawan hebat dalam Slot Sentuhan Hati dan Minda.

Selain itu, peserta juga diberi penekanan dalam soal disiplin diri serta keberanian untuk bercakap di khalayak ramai menerusi sesi pembentangan latihan dalam kumpulan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Yang Berhormat Andansura Rabu telah menyempurnakan sesi penutup program ini.

Antara yang ditegaskan beliau dalam ucapannya ialah betapa remaja yang menyertai kem ini perlu mengambil peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih positif.

Tinjauan kepada ibu bapa dan peserta mendapati, meraka berharap agar YADIM Pahang akan meneruskan lagi usaha-usaha murni ini ke arah pembinaan remaja Islam yang bukan hanya cemerlang dari sudut akademik dan intelektualnya semata-mata tetapi seimbang juga dalam pembangunan sahsiah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *