Home » Citra Yadim » Kem REPSOL di SK Lawang

Kem REPSOL di SK Lawang

JELI – Siri terbaharu Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) anjuran YADIM Kelantan telah diadakan di sini pada 2 Ogos.

Diadakan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang, siri ke 4 program ini bertujuan melahirkan anak-anak yang memahami akidah, ibadah dan akhlak. REPSOL juga berhasrat melahirkan anak-anak yang menghormati dan menyayangi ibu bapa dan guru.

Program di SK Lawang ini menerima penyertaan 143 peserta dari kalangan pelajar tahun 4, 5 dan 6. Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Turut hadir Guru Besar SK Lawang Ustaz Hassan Che Awang. Program telah dikendalikan oleh pakar motivasi dari Protazz Legacy Ustaz Muhammad Syakirin Yuslan.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *