Kem REPSOL di SK Lawang

JELI – Siri terbaharu Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) anjuran YADIM Kelantan telah diadakan di sini pada 2 Ogos. Diadakan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang, siri ke 4 program ini bertujuan melahirkan anak-anak yang memahami akidah, ibadah dan akhlak. REPSOL juga berhasrat melahirkan anak-anak yang menghormati dan menyayangi ibu bapa dan guru. Program di […]

Majlis perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM Jajahan Jeli

JELI – Seramai 28 orang ahli Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Jeli hadir dalam perjumpaan antara Pengurusan YADIM Kelantan dan ahli SAY Jajahan Jeli dalam satu majlis di sini pada 17 Januari. Majlis ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari kawasan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini sepanjang tahun 2022. Turut diselitkan dalam […]

Kunjungan hormat YADIM Kelantan kepada Pegawai Agama Jajahan Jeli

JELI – Sempena kehadiran tahun 2022 YADIM Kelantan telah mengambil kesempatan bertemu dengan pelbagai agensi agama di negeri ini bagi memperkukuh hubungan dan merangka kerjasama baharu. Dalam lawatan kepada Pegawai Agama Jajahan Jeli pada 17 Januari,  YADIM Kelantan yang diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Haji Mahadi Awang mengadakan perbincangan sambil menerangkan gerak kerja badan dakwah ini […]

Semarak Maal Hijrah dan Bulan Kemerdekaan di SJR seluruh Kelantan Siri 2

GUA MUSANG – Selepas Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai, kempen mengibarkan Jalur Gemilang oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan diteruskan pula pada 30 Ogos di jajahan ini, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat. Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Urusetia Belia dan Sukan Kelantan dan […]

Ziarah Asnaf Di Tanah Merah

TANAH MERAH – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 24 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)Tanah Merah. Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Panau, Kampung Padang Bongor, Kampung Jelatok, Kampung Sat dan Kampung Manal di sini. Sebanyak 15 keluarga telah disantuni terdiri daripada pesakit kronik […]

SAY Jeli santuni asnaf

JELI – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 19 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Jeli. Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Berangan dan Air Lanas di sini. Sebanyak empat keluarga telah disantuni. Mereka terdiri daripada pesakit kronik dan golongan miskin tegar. Bantuan barangan keperluan […]

YADIM Peduli : Musa’adah Asnaf di Gunung Reng, Batu Melintang

JELI – Menyantuni dan menziarahi orang yang sakit amat dituntut dalam Islam. Justeru itu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 5 April telah melakukan kunjungan kepada keluarga asnaf yang memerlukan diKampung Gunung Reng dan Batu Melintang di sini. Sebanyak 15 keluarga dikunjungi dan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan. Mereka merupakan pesakit […]

700 keluarga di Kelantan terima manfaat sumbangan pasca banjir YADIM

RANTAU PANJANG – Prihatin dengan nasib mangsa pasca banjir di negeri ini yang masih memerlukan pembelaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan berterusan menganjurkan program bagi menyantuni mereka. Menerusi program YADIM Peduli Ziarah Prihatin, 700 keluarga di daerah Jeli, Kuala Krai dan Rantau Panjang yang menjadi mangsa bencana banjir Disember lalu menerima sumbangan barangan keperluan […]