Home » Citra Yadim » Kem REPSOL di SK Manek Urai Baru

Kem REPSOL di SK Manek Urai Baru

KUALA KRAI – Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) kini memasuki siri ke 8 apabila ia diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai di sini pada 16 Ogos.

Ia menerima penyertaan 133 peserta daripada pelajar tahun lima dan enam sekolah berkenaan.

Perasmian program disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Turut hadir Guru Besar SK Manek Urai Baru, Cikgu Mohd Roslan Hasan dan Ketua Sukarelawan YADIM Kuala Krai, Tuan Haji Mohd Fauzi Husin. Program telah dikendalikan oleh pakar motivasi dari TP Academy & Consultancy, Encik Mohd Faris Bin Maimun.

Program ini bertujuan melahirkan anak-anak yang memahami akidah, ibadah dan akhlak. REPSOL juga berhasrat melahirkan anak-anak yang menghormati dan menyayangi ibu bapa dan guru.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *