Home » Citra Yadim » Kemahiran Kecerdasan Buatan Untuk Pendakwah

Kemahiran Kecerdasan Buatan Untuk Pendakwah

JOHOR BAHRU – Penguasaan teknologi menjadi antara aspek yang diberi perhatian dalam pembangunan kapasiti ejen dakwah YADIM.

Sehubungan itu, YADIM Negeri Johor telah menganjurkan Pemukiman Zamalah YADIM Johor: AI Untuk Pendakwah – Dari Teori ke Praktikal (Siri 2) yang menghimpunkan seramai 20 orang Zamalah YADIM Johor pada 1 Ogos.

Sesi kali ini merupakan kesinambungan daripada Siri 1 yang telah diadakan sebelum ini bagi memperkukuh kemahiran penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang dakwah. Program ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus Mohamed Khairi daripada Kementerian Digital Malaysia.

Melalui pendekatan berbentuk praktikal, para peserta didedahkan kepada kaedah memanfaatkan AI untuk menyediakan bahan dakwah yang lebih berkualiti, kreatif, pantas serta menepati keperluan semasa. Peserta turut berpeluang mempraktikkan penggunaan pelbagai aplikasi AI bagi menghasilkan kandungan dakwah, pembentangan, infografik dan bahan komunikasi yang lebih berkesan.

Melalui penganjuran siri latihan seperti ini, YADIM Negeri Johor komited memastikan Ahli Zamalah mereka bukan sahaja memiliki asas ilmu dakwah yang kukuh, malah mampu memanfaatkan teknologi AI sebagai medium untuk menghasilkan kandungan yang lebih berkualiti, menarik dan berkesan kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *