Home » Citra Yadim » Kembara Daki Jelajah Merdeka Himpun 3 Pasukan SAY

Kembara Daki Jelajah Merdeka Himpun 3 Pasukan SAY

BUKIT JUGRA – Buat pertama kalinya, bagi menyambut bulan kemerdekaan, tiga pasukan Sukarelawan YADIM (SAY) bergabung menjayakan sebuah program yang diadakan di sini pada 14 Ogos.

SAY Kuala Langat, SAY Rawang dan SAY Kuala Selangor dengan kerjasama Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) telah berganding bagu mengadakan program Kembara Daki Jelajah Merdeka yang bertujuan menanam semangat patriotik pada ahli dan pada masa yang sama menyantuni golongan yang memerlukan.

Program anjuran SAY Kuala Langat ini dimulakan dengan mendaki Bukit Jugra di sini sebelum para peserta bergerak ke Warung D’Jeti Permatang Pasir untuk menyampaikan sumbangan kepada tiga orang asnaf.

Destinasi seterusnya ialah Kampung Sungai Judah, Pulau Carey untuk menyampaikan sumbangan kepada enam orang mualaf masyarakat orang Asli serta pemasangan bendera Malaysia kepada penerima mualaf masyarakat orang Asli.

Lokasi terakhir program ialah di RAYAS, Sijangkang bagi menyantuni anak anak yatim kediaman tersebut.

Hadir dalam program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat Hasmawi Mahidin, Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin dan Pengerusi SAY Rawang, Puan Hajah Hoyapi Ahmad serta ahli jawatankuasa masing masing.

 

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *