Home » Citra Yadim » Kembara Komuniti Rahmah: Santuni 20 asnaf,motivasi pelajar kolej pada hari kedua

Kembara Komuniti Rahmah: Santuni 20 asnaf,motivasi pelajar kolej pada hari kedua

LANGKAWI – Kembara Komuniti Rahmah diteruskan pada hari kedua (21 Februari) di pulau ini pula.

Program dimulakan dengan Ceramah Khas: Motivasi Bersama Pelajar Kolej Komuniti Langkawi. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, telah bertemu dan menyampaikan ceramah motivasi kepada hampir 100 pelajar kolej berkenaan.

Ia turut dihadiri oleh para pelajar bukan Muslim kolej itu.

Sesi motivasi tersebut antaranya menyentuh mengenai kemahiran komunikasi, kepentingan menguasai ilmu, menerima kepelbagaian dan cabaran isu isu semasa sebagai pelajar.

Pensyarah Kolej Komuniti Langkawi, Zakaria Nuh mewakili pengarah kolej, hadir ke majlis ini.

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi sumbangan kepada 10 asnaf yang memerlukan di sekitar Kampung Kedawang di sini.

Tuan Kamarul Arief kemudiannya telah menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Nur Al Hidayah, Kampung Kelibang di sini.

Selesai solat Jumaat, satu majlis penyerahan sumbangan ringkas telah diadakan di dewan solat utama masjid bagi menyantuni seramai 10 asnaf yang memerlukan.

Kembara Komuniti Rahmah, merupakan inisiatif Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM bagi turun padang bertemu dan menyantuni golongan sasar badan dakwah ini bermula pada 20 Februari di sekitar Arau, Perlis.

Selepas Langkawi, program ini akan diteruskan pula di Sungai Petani, Kedah.

***

Mari sama sama menyumbang kepada Tabung Infaq YADIM. Sumbangan anda membolehkan YADIM menjalankan gerak kerja dakwahnya.

YADIM menyantuni mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Sumbangan boleh dilaksanakan secara dalam talian dengan melayari halaman utama laman web ini atau menghubungi Bahagian Pelaburan dan Dana Infaq YADIM di talian 03-8870 3870

Sumbangan yang disampaikan adalah layak untuk mendapat pengecualian cukai (No. Warta G.N. 3395 Bertarikh 25 Januari 1974 -HQ 162/2077)
.
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
MAYBANK
566010625428
.
Terima Kasih
.
FASTABIQUL KHAIRAT ‘Mengejar Kebaikan’

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *