Home » Citra Yadim » YADIM santuni 20 keluarga memerlukan di Serkam

YADIM santuni 20 keluarga memerlukan di Serkam

MERLIMAU – Sebanyak 20 keluarga akan disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Program Ziarah Kasih dan Bicara Rahmah di Serkam di sini.

Program ini yang diadakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah,  Jabatan Agama Islam Melaka dan Masjid Jamek Serkam Pantai di sini, berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Februari.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin mengetuai YADIM dalam program ini, dengan disertai oleh Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO, Mohd Fitri Aziz Yusof serta beberapa lagi pegawai badan dakwah ini.

Delegasi YADIM tiba di Masjid Serkam Pantai pada jam 10 pagi, sebelum diadakan sesi taklimat ringkas mengenai perjalanan program.

Program kemudiannya dimulakan pada hari pertama dengan Zolkharnain dan delegasinya mengunjungi dan menyantuni sejumlah 15 keluarga yang memerlukan di sini.

Setiap keluarga menerima barangan dapur seperti tepung, minyak, gula, garam dan sebagainya yang bertujuan meringankan beban mereka.

Pada sebelah malam pula, diadakan Ceramah Bicara Rahmah dengan tajuk ‘Keluarga Rahmah Makmur Bersama’ oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Program bersambung pada 21 Februari dengan sebanyak lima lagi rumah akan dikunjungi dan disantuni.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *