Home » Langit Terbuka » Usaha perkenal konsep Rahmatan Lil Alamin di peringkat dunia

Usaha perkenal konsep Rahmatan Lil Alamin di peringkat dunia

Pengerusi MAIWP (tengah) pada program Pengantarabangsaan Rahmatan Lil Alamin pada 30 Oktober. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengorak langkah mempromosi konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ (rahmat untuk semua) di peringkat antarabangsa melalui pembabitan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata ini akan dilakukan dengan sesi libat urus di beberapa universiti terkenal antarabangsa.

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dijangka memenuhi jemputan untuk memperkatakan tentang konsep itu di Universiti Cambridge, United Kingdom pada 11 Nov depan.

Syed Hussien berkata demikian pada sidang media mengenai ‘Pengantarabangsaan Rahmatan Lil Alamin’ di sini.

Beliau turut berkata usaha itu akan disusuli di universiti terkemuka lain seperti Harvard, Columbia Stanford dan Berkeley.

“MAIWP memilih top universiti ini supaya kita dapat membentangkan konsep Rahmatan Lil Alamin dengan lebih mendalam lagi kepada masyarakat luar,” katanya.

Menurutnya, pada Disember ini MAIWP akan menganjurkan pertemuan bersama wakil dari negara-negara Asia Pasifik bagi mengetengahkan konsep Rahmatan Lil Alamin. Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *