Home » Citra Yadim » Kempen derma darah sempena Program Bulan Dakwah 2.0

Kempen derma darah sempena Program Bulan Dakwah 2.0

SUNGAI PETANI – Sebagai usaha membantu meningkatkan bekalan darah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 5 Disember bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Rakan Siswa YADIM Kedah menganjurkan Program Derma Darah di pasaraya Mydin, Taman Batik di sini.

Program dengan kerjasama Hospital Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Mydin Taman Batik itu telah berjaya mengumpulkan 19 beg darah.

Sebagai menghargai para penderma, mereka menerima cenderahati daripada pihak YADIM.

Menerusi program ini, YADIM juga berhasrat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah yang mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

Turut bersama dalam program ini ialah Pegawai Perhubungan Awam Unit Perubatan Trasfusi Hospital Sultan Abdul Halim, Futera Naim Abdulllah dan Ketua Exco Dakwah dan Pembangunan Insan MPN, Amirul Asyraf Ahmad Khushairi.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *