Home » Citra Yadim » Tahsin Ibadah Sembelihan ahli kariah Surau Ku Ngah Putih

Tahsin Ibadah Sembelihan ahli kariah Surau Ku Ngah Putih

SUNGAI PETANI – Usaha Melestari Gerakan Dakwah Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) dilaksanakan dalam pelbagai bentuk meliputi semua lapisan masyarakat.

la bukan sahaja dalam bentuk dakwah secara langsung tetapi juga dari segi pengisian ilmu sebagai panduan hidup.

Sesuai dengan hasrat itu, YADIM Kedah telah mengadakan program Tahsin Ibadah Sembelihan sempena Bulan Dakwah 2.0 kepada ahli kariah Surau Ku Ngah Putih dan penduduk sekitar Kampung Simpor Kechil, Kota Kuala Muda Kedah di sini pada 5 Disember.

Ia bertujuan memberi pendedahan mengenai kaedah menyembelih yang betul dan menurut syarak.

Kakitangan YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad bertindak selaku penyelaras dan penceramah dalam program ini.

Dimulakan seawal jam 8.30 pagi kepada 35 peserta, ia menyentuh mengenai syarat syarat sembelihan, hikmah serta langkah yang betul untuk melaksanakan ibadah berkenaan.

Selesai sesi teori dan soal jawab,
program diteruskan dengan kaedah praktikal dengan menunjukkan cara yang betul melaksanakan sembelihan kepada peserta kursus.

Ayam yang disembelih peserta kursus sembelihan kemudiannya dimasak  sebelum dihidangkan dan dijamah bersama sama dalam jamuan makan tengahari.

Hadir sama ke program ini ialah Imam Surau Ku Ngah Putih, Ku Sharil Ku Desa, Pengerusi Sukarelawan YADIM Sungai Petani, Basor Harun dan ahli jawatankuasanya serta ahli ahli  jawatankuasa surau.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *