Home » Langit Terbuka » Kempen Dirikan Solat, Tunaikan Zakat dilancarkan

Kempen Dirikan Solat, Tunaikan Zakat dilancarkan

PPZ-MAIWP bekerjasama dengan Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd., sebagai rakan strategik dalam Kempen Dirikan Solat, Tunaikan Zakat. - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat.

PPZ-MAIWP bekerjasama dengan Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd., sebagai rakan strategik dalam kempen itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Syukri Yusoff berkata, kempen itu merupakan kali pertama dianjurkan di negara ini dengan menggabungkan dua rukun Islam iaitu solat dan zakat.

“Kempen tersebut merupakan satu medium untuk meningkatkan pemahaman serta kesedaran tentang kewajipan mendirikan solat dan menunaikan zakat dalam kalangan masyarakat.

“Rukun Islam yang diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara sebaiknya agar dapat membawa kejayaan besar kepada individu, masyarakat dan negara,” katanya pada majlis pelancaran kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat di Wisma PPZ di sini hari ini.

Kempen tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini.

Yang turut hadir, Pengasas Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd., Padzilah Enda dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Ahmad Syukri menambah, inisiatif dilaksanakan oleh PPZ-MAIWP itu adalah untuk menyambut bulan Ramadan yang tidak lama lagi.

“Sasaran kempen tersebut adalah kepada para peserta umrah dan haji yang menggunakan pakej agensi pelancongan di Wilayah Persekutuan dan pengguna telekung Siti Khadijah,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *