5 Mei tarikh melihat anak bulan Ramadan

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi. Ia merangkumi: 1. Pontian […]

Kadar zakat fitrah di Perlis kekal RM7

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam negeri ini kekal seperti mana tahun-tahun sebelum ini iaitu RM7. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan majlis pengumuman rasmi kadar berkenaan yang diadakan di Masjid Al Ghufran, Batu 2, di sini […]

Kempen Dirikan Solat, Tunaikan Zakat dilancarkan

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat. PPZ-MAIWP bekerjasama dengan Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd., sebagai rakan strategik dalam kempen itu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Syukri Yusoff berkata, kempen itu merupakan kali pertama dianjurkan di negara ini dengan menggabungkan dua rukun Islam […]

LZS kutip RM794 juta wang zakat pada 2018

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM794 juta sepanjang 2018, kata Ketua Pegawai Penyelarasnya, Abdul Basith Hamid. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, RM479.8 juta adalah zakat pendapatan, diikuti zakat perniagaan RM151.8 juta, zakat simpanan RM54.2 juta dan bakinya adalah daripada lain-lain zakat. ‘’Saya ingin menegaskan bahawa urusan dan agihan zakat […]

Atur program santuni B40

PUTRAJAYA – Dalam usaha menyantuni masyarakat, Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SY) disyorkan supaya mengadakan program bersama golongan 40 peratus terendah (B40) di negara ini. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, golongan tersebut serta masyarakat di luar bandar adalah antara kelompok yang berpeluang di santuni oleh SY, sekiranya mereka berhasrat mengadakan […]

Gagasan Negara Rahmah dibentang dalam Kabinet bulan depan

KOTA BHARU – Gagasan Negara Rahmah; iaitu konsep negara Islam moden yang berteraskan Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia akan dibentang ke mesyuarat Kabinet pada bulan hadapan sebelum menjadi dasar baharu negara. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir menyiapkan kertas pembentangan sebelum […]

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (pindaan) 2019, diluluskan

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 25 April meluluskan pindaan bagi Rang Undang-Undang berkaitan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (pindaan) 2019. Pindaan itu dibentangkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan diluluskan selepas bacaan kali ketiga. Aminuddin dalam ucapan pembentangannya berkata pindaan itu yang bertujuan meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga […]

Program pengurusan jenazah bersama ahli Aspirasi

KOTA BHARU – Sesuai dengan usaha dan pendekatan dakwah yang pelbagai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 25 April telah melaksanakan program pengurusan jenazah kepada ahli ahli Aspirasi di sini. Seramai 18 orang ahli badan bukan kerajaan berkenaan menyertai program itu yang diadakan di Dewan Syarahan YADIM di sini. Ia dikendalikan oleh wakil daripada […]

YDP YADIM lancar KAR 2019

KUBANG KERIAN – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz pada 25 April telah melancarkan Karnival Ambang Ramadhan 2019 (KAR 2019) di Sekolah Kebangsaan Mentuan di sini. KAR 2019 diadakan dengan objektif menyemarakkan semangat menjelang hadirnya bulan Ramadan tidak  lama lagi. Hadir sama ialah Pengerusi Peduli Rakyat […]