Home » Citra Yadim » Kempen Jom Ke Masjid di Pekan Sabtu

Kempen Jom Ke Masjid di Pekan Sabtu

BOTA – Kempen Jom Ke Masjid terus dirancakkan oleh YADIM Perak di pasar pagi Bota Kanan di sini yang lebih dikenali dengan nama Pekan Sabtu oleh penduduk setempat.

Edaran risalah Jom Ke Masjid diberikan kepada para pengunjung oleh Sukarelawan YADIM serta tazkirah lapangan ialah antara pengisian program kali ini.

Semua pengunjung yang melalui lokasi sudut dakwah akan dihulurkan risalah kecil yang turut tertulis kelebihan solat berjemaah.

Tazkirah lapangan telah disampaikan oleh Guru Takmir Masjid Seri Iskandar, Ustaz Hanif Musa yang menghuraikan kelebihan solat berjemaah.

Turut memberi tazkirah Penyelaras YADIM Perak, Mohd Zahid Abu Bakar.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *