Home » Citra Yadim » Kempen kibar Jalur Gemilang dan Musaadah 3.0 di Kupang, Kedah

Kempen kibar Jalur Gemilang dan Musaadah 3.0 di Kupang, Kedah

BALING – Program Bulan Kemenangan sempena Maal Hijrah dan Kemerdekaan Negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini diteruskan pada 5 September dengan kempen kibar Jalur Gemilang dan Musaadah 3.0 di sini.

Seramai 110 guru prasekolah dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah disantuni YADIM Kedah dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Generasi Kita Daerah Baling dan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang.

Setiap yang disantuni menerima sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula, susu, telur dan bendera Jalur Gemilang. Sumbangan dilakukan secara pandu lalu di perkarangan pusat  Khidmat Dewan Undangan Negeri Kupang.

Hadir menyampaikan sumbangan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pembantu Khas kepada ADUN Kupang, Ustaz Hassan Saad dan Penasihat NGO Generasi Kita Baling, Ustaz Rosidi Md Aroff.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *