Home » Langit Terbuka » Kempen undi rosak haram – Abdul Hadi

Kempen undi rosak haram – Abdul Hadi

Gambar hiasan. Tindakan memulau pilihan raya atau merosakkan undi bermakna jumud dan tidak bersedia membuat perubahan politik kepada yang lebih baik.



 

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Pas menyifatkan kempen undi rosak yang digerakkan oleh kumpulan tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi sebagai haram.

Presidennya, DatuK Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tindakan memulau pilihan raya atau merosakkan undi bermakna jumud dan tidak bersedia membuat perubahan politik kepada yang lebih baik.

Katanya, memulaukan pilihan raya juga mendedahkan kepada pilihan yang merosakkan negara serta rakyat, sama ada secara bersendiri atau mengundang campur tangan asing.

“Haram bagi umat Islam melaksanakan agenda memulau pilihan raya atau merosak undi kerana menarik diri daripada menjadi teras kepemimpinan umat yang wajib demi menegakkan Islam dalam pemerintahan negara.

“Kalangan umat Islam yang memulau pilihan raya atau merosak undi adalah menyerah kalah sehingga penentuan kuasa politik diserahkan kepada bukan Islam yang menjadi salah satu dosa paling besar,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di portal Harakah Daily hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *