Home » Citra Yadim » KEMUDA anjur mukhayyam Sahabat YADIM

KEMUDA anjur mukhayyam Sahabat YADIM

BUAT kesekian kalinya, Bahagian Kepimpinan Muda Yadim (KEMUDA) akan menganjurkan Mukhayyam Ukhuwwah Sahabat Yadim (MUHSIN) bermula pada 12 Ogos ini 10 lokasi berasingan di seluruh negara.

Pengurus Eksekutif Kemuda, Zamani Karulani berkata, program berkenaan diilhamkan bagi mengukuhkan ukhuwwah dan perkaderan kepimpinan Islam di kalangan peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Sahabat YADIM.

“Program ini ternyata, telah memberi impak yang amat baik kepada mereka yang terdiri daripada pelajar pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan kerana sepanjang program pelbagai pengisian disediakan seperti solat fardhu secara berjemaah, kuliah Subuh dan Maghrib, qiamullail dan usrah.

“ Mereka juga berpeluang merasai pengalaman memasak di dalam hutan, hiking, jungle tracking abseiling dan mencari harta karun,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam program ini ini, para peserta yang didedahkan kepada tujuh teras  Sahabat Yadim yang telah digariskan dan turut dikupas secara berkumpulan bagi memahami sepenuhnya tanggungjawab mereka sebagai ahli Sahabat Yadim.

Tujuh  teras tersebut adalah beriman dengan akidah yang benar, beradab dan beramal soleh, membudayakan ilmu dan berkemahiran tinggi, adil dan berhikmah menyampaikan kebenaran, ikhlas dalam perjuangan, berukhuwwah dan berdakwah dengan kasih sayang serta istiqamah dan iltizam dalam dakwah.

Menurutnya, program ini memberikan satu pengalaman yang amat menyeronokkan bukan sahaja kepada para peserta tetapi juga kepada urus setia Yadim. Setiap aktiviti yang dilaksanakan mempunyai falsafahnya yang tersendiri bagi membina jati diri Islam di dalam setiap diri  peserta.

“Aktiviti-aktiviti yang dilakukan telah berjaya membina ukhuwwah di kalangan ahli Sahabat Yadim yang saling tidak mengenali sebelum ini. Para peserta juga dilatih menjadi seorang yang beridealisme Islam sejati, progresif dan mempunyai ketahanan fizikal dan mental.”katanya.

Sahabat Yadim merupakan satu program yang dibangunkan untuk memberi kefahaman dan penghayatan kepada masyarakat mengenai agenda besar perjuangan Islam dan peranan ummah bagi memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Para penggeraknya terdiri daripada para pelajar pelbagai jurusan di pusat pengajian tinggi tempatan.

Jadual MUHSIN 2016 adalah seperti berikut, MUHSIN Sabah pada 15 hingga 17 Ogos di Arung Hayat Resot, Semporna, MUHSIN Pahang  pada 19 hingga 21 Ogos di Kembara Eco Camp, Raub, MUHSIN Kelantan (18 hingga 20 Ogos di Gunung Stong, Gua Musang), MUHSIN Perak (19 hingga 21 Ogos di Nur Lembah Lenggong, Eco Resort), MUHSIN Kuala Lumpur dan Selangor pada 19 hingga21 Ogos di Asia Camp Kuala Kubu Bharu), Muhsin Terenggani pada 16 hingga 18 Ogos di 1M4U Outreach Camp, Merang, Setiu, MUHSIN Johor pada  19 hingga 21 Ogos di Kem Saujana Asahan, Melaka, MUHSIN Negeri Sembilan pada 12 hingga 14 Ogos 2016 di Kem Latihan Brindley Port Dickson, MUHSIN Pulau Pinang pada 12 hinnga 14 Ogos di Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang dan MUHSIN Perlis pada 25 hingga 27 Ogos di Kem Paya Pahlawan, Jitra.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *