Home » Langit Terbuka » Pokemon Go: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setuju dengan Jakim, Wilayah Persekutuan

Pokemon Go: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setuju dengan Jakim, Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak akan mengadakan sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenai permainan Pokemon Go, kata Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya bersetuju dengan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyokong penuh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perun­dingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan permainan itu atas pelbagai faktor terutama membawa kepada kemudaratan.

Katanya, langkah itu sejajar dengan kedudukan jawatankuasa tersebut yang berada di bawah pentadbiran Jakim.

“Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah sama seperti keputusan Jakim. Jika permainan itu memudaratkan, maka umat Islam tidak digalakkan terjebak dengannya.

“Kita tidak mengharamkan permainan itu kerana ia seolah-olah kita menolak teknologi. Lagi pun, permainan itu tidak salah, yang salah adalah si pemainnya yang memudaratkan diri apabila bermain Pokemon Go,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Pada 1 Ogos lalu, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan permainan Pokemon Go adalah tidak dibenarkan berikutan kemudaratan yang berlaku dalam masyarakat.

Jakim menerusi Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha menyokong keputusan tersebut kerana ia selari dengan pandangan hukum oleh negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membaha­yakan sehingga meragut nyawa.

Sementara itu, di KUANTAN, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri akan diadakan berhubung permainan Pokemon Go yang menjadi fenomena ketika ini.

Di SEREMBAN, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan belum bercadang untuk mengeluarkan fatwa berkaitan permainan Pokemon Go yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.

Mufti negeri, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, tiada keperluan untuk membuat sebarang pengisytiharan rasmi tentang hukum bermain permainan itu pada masa ini.

Di JOHOR BAHRU, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim memberitahu, Jawatankuasa Fatwa Johor akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini bagi membincangkan isu permainan tersebut.

Dalam pada itu, di PULAU PINANG, Mufti negeri, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor membayangkan Jawatankuasa Fatwa negeri itu cenderung dan berkemungkinan tinggi akan memutuskan permainan Pokemon Go adalah haram dalam kalangan umat Islam. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *