Home » Langit Terbuka » Keputusan rayuan ke universiti awam esok

Keputusan rayuan ke universiti awam esok

Kementerian Pendidikan berkata, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat selepas tempoh pendaftaran pelajar baharu mengikut program pengajian di Universiti awam. - Foto Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan rayuan UPU Online untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan diploma ke Universiti Awam (UA) akan diumumkan pada 26 Jun ini.

Pemohon boleh menyemak rayuan masing-masing mulai jam 12 tengah hari hingga 2 Julai 2019 jam 11.59 malam.

Hebahan keputusan itu melalui melalui saluran di UPUPocket2.0 dan beberapa laman iaitu https://jpt.umt.edu.my; https://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my; dan https://jpt.uum.edu.my.

Semakan status permohonan rayuan juga boleh didapati melalui SMS ke 15888 dengan menaip UPU RESULT [no kad pengenalan].

Kementerian Pendidikan berkata dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat selepas tempoh pendaftaran pelajar baharu mengikut program pengajian di UA.

“Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA dan semua calon berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Kementerian Pendidikan berkata tiada lagi rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline selepas tarikh hebahan keputusan permohonan rayuan diumumkan.

“Tawaran tempat adalah muktamad serta sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kaunter khidmat runding untuk cara permohonan kemasukan UA, politeknik, kolej komuniti, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka di Kementerian Pendidikan, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Putrajaya mulai esok (26 Jun) bermula 8.30 pagi hingga 4 petang (waktu dan hari bekerja sahaja) sehingga 2 Julai bagi memudahkan pemohon membuat semakan keputusan permohonan rayuan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Kemudahan hotline di talian 03-88708200 turut disediakan pada waktu dan hari bekerja sahaja untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *