Home » Langit Terbuka » MAWAR sambut baik video elak keganasan seksual

MAWAR sambut baik video elak keganasan seksual

eo pendek yang dilancarkan sebagai alat bantu didik yang berkesan.

Majlis Perundingan Wanita Rahmah MAWAR-YADIM mengalu-alukan pelancaran video pendek bagi mengelakkan anak-anak kita daripada menjadi mangsa gangguan dan keganasan seksual oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya semalam (24 Jun).

Inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan wanita Keluarga dan Masyarakat bersama Malaysian Against Pornography dan Google diharap dapat membendung jenayah dan salahlaku seksual kanak-kanak daripada terus berleluasa dalam masyarakat.

Terbaru, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan menyebutkan terdapat 153 kes jenayah kanak-kanak direkodkan antara Januari hingga Mac tahun ini dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding 559 kes sepanjang Januari sehingga Disember tahun lepas.

Antara jenayah tertinggi adalah jenayah membabitkan dadah diikuti dengan jenayah salahlaku seksual termasuk zina dan pembuangan bayi.

Tentunya peranan ibu bapa amat penting dalam memberi pendidikan termasuk pendidikan reproduktif dan seksualiti kepada anak mereka. Kajian menunjukkan peranan bapa amat penting dalam melindungi anak mereka dari terjebak dalam gejala dadah dan salah laku seksual.

Justeru MAWAR menyeru agar semua ibubapa dan pendidik memanfaatkan video pendek yang dilancarkan ini sebagai alat bantu didik yang berkesan untuk membantu menyampaikan mesej yang benar tentang diri mereka.

Video-video ini juga membantu ibubapa menerangkan konsep-konsep penting seperti sentuhan selamat dan tidak selamat selain mendidik mereka tentang tindakan yang harus dilakukan sekiranya didatangani oleh individu yang berbuat tidak baik kepada mereka.

MAWAR-YADIM juga menghargai pendekatan pihak kerajaan yang membuka ruang kerjasama semua pihak termasuk NGO dan syarikat korporat dalam pembangunan negara. Semoga kita dapat membina Malaysia sebagai Negara Rahmah yang memberi kesejahteraan untuk semua

Dr Hafidzah Mustakim
Pengerusi Mawar
25 Jun 2019

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *