Home » Langit Terbuka » Kerajaan bakal beri cadangan penyelarasan had umur perkahwinan

Kerajaan bakal beri cadangan penyelarasan had umur perkahwinan

Kerajaan meletakkan sasaran pertengahan atau hujung 2020 untuk penyelarasan sempurna berhubung isu perkahwinan bawah umur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Labur.com

KUALA LUMPUR -Kerajaan dijangka akan mengeluarkan cadangan penyelarasan had umur perkahwinan pada pertengahan atau hujung tahun ini bagi menyeragamkan undang-udang mengenainya di peringkat Persekutuan dan negeri seterusnya menangani masalah perkahwinan bawah umur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, cadangan penyelarasan itu dibincangkan oleh kementeriannya melalui jawatankuasa syarak dan sivil.

“Kami letak sasaran mungkin pertengahan atau hujung 2020 penyelarasan sempurna dapat dibuat dan pada masa itu mereka (setiap negeri) telah bersedia untuk bawa (cadangan penyelarasan had umur) ke Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Perkara ini ‘complicated’ kerana libatkan soal kuasa negeri, kehendak politik dan juga peranan raja-raja dan sultan.

“Hakikatnya merekalah yang mempunyai kata pemutus sama ada menerima atau tidak cadangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran buku ‘Crime and Punishment in Islmic Law: A Fresh Interpretation’ karya Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS), Prof Mohammad Hashim Kamali di IAIS di sini paa 30 Januari. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *