Home » Langit Terbuka » Kerajaan cadang gaji minimum naik RM1,200 di bandar utama

Kerajaan cadang gaji minimum naik RM1,200 di bandar utama

Kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan di wilayah bandar utama berkuat kuasa tahun 2020. - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menaikkan gaji minimum dari RM1,100 sebulan kepada RM1,200 sebulan berkuatkuasa tahun 2020, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini (11 Oktober), beliau berkata, bagaimanapun kenaikan itu hanya untuk di wilayah bandar utama sahaja.

“Kerajaan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

“Justeru, bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar utama, kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020,” katanya lagi. – Awani

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *