Home » Langit Terbuka » Kerajaan lama atau baharu, isu Palestin Malaysia tetap komited

Kerajaan lama atau baharu, isu Palestin Malaysia tetap komited

Timbalan Menteri Luar berkata, kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya sama ada dari segi politik, ekonomi dan juga moral

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu atau yang pernah memerintah Malaysia sebelum ini tetap konsisten dalam menentang kezaliman rejim Israel dan komited dalam memperjuangkan serta membela nasib rakyat Palestin sehingga bila-bila.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata, kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya sama ada dari segi politik, ekonomi dan juga moral.

Jelasnya, Malaysia juga terus teguh dengan pendirian sedia ada untuk menyokong hak mutlak rakyat Palestin ke aats penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat berdasarkan penubuhan dua negara (Two State Solution).

“Pendirian Malaysia juga tetap sama dalam menyokong setiap resolusi yang menyentuh mengenai promosi serta perlindungan hak asasi rakyat Palestin di peringkat antarabangsa terutamanya dalam pembentangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

“Usaha terbaru bagi mencari penyelesaian yang turut disertai oleh Malaysia pada Mei 2018 baru-baru ini apabila menyertai Sidang Kemuncak OIC ke-7 dan mengadakan perbincangan tentang Palestin di Istanbul, Turki.

“Kita juga menaja dan menyokong Resolusi mengenai perlindungan orang awam Palestin di Mesyuarat Agung Tergempar PBB di New York awal tahun ini. Malaysia juga akan terus berusaha menyeru dan mencari penyelesaian adil dan saksama melalui pelbagai cara termasuk CEIRPP, SCIP dan UNRWA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika soal jawab sidang Dewan Negara di Parlimen di sini hari ini.

Antara soalan lisan dan tambahan yang ditanyakan oleh Ahli Dewan Negara, Dr Mohd Nor Monutty tentang langkah-langkah untuk melindungi hak asasi orang Palestin yang semakin terancam kerana kezaliman rejim Israel memusnahkan elemen Islam di Baitulmaqdis.

Turut menyoal, Senator Husain Awang yang mohon pencerahan tentang pendirian terkini kerajaan baharu berkenaan nasib umat Islam Palestin dan apakah usaha lain yang sedang dilakukan melalui PBB dan OIC.

Tambah Marzuki, pihak Kementerian Luar juga bercadang untuk mewujudkan jawatan Duta Khas Malaysia ke Palestin bagi membolehkan negara terus memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan nasib golongan itu dalam persada antarabangsa.

“Malaysia tidak mempunyai Duta di Palestin namun kita selalalu dan sentiasa komited mengenai kedudukan rakyat Palestin di sana. Saya rasa jawatan Duta Khas ke Palestin adalah cadangan bernas dan akan berbincang dalam peringkat kementerian,” ujarnya. –  MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *