Home » Langit Terbuka » Kerajaan pertimbang larang kenderaan berat guna jalan raya semasa cuti serentak

Kerajaan pertimbang larang kenderaan berat guna jalan raya semasa cuti serentak

KUALA LUMPUR – Kerajaan berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk melarang kenderaan berat menggunakan jalan raya pada musim perayaan yang jatuh pada cuti sekolah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata kebiasaannya larangan kepada kenderaan berat hanya dikuatkuasakan ketika Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina setiap tahun.

“Hari Raya kali ini bersama cuti sekolah maka timbul kesesakan di luar dugaan, mungkin di mana hari perayaan bertembung dengan cuti sekolah maka larangan (menggunakan jalan raya) kepada kenderaan besar perlu dipertimbangkan pada masa akan datang,” katanya di sini hari ini (11 Ogos).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesesakan teruk aliran trafik di beberapa lebuh raya utama semalam berikutan orang ramai pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan sambutan Aidiladha.

Bernama sebelum ini melaporkan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur yang menjadi laluan utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur dijangka merekodkan 1.65 juta kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidiladha. – Bernama

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *