Home » Citra Yadim » Kerja dakwah secara bersama

Kerja dakwah secara bersama

Yang Dipertua YADIM berucap ketika Majlis Perhimpunan Bulanan YADIM

KUALA LUMPUR, 10 OGOS – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, YB Senator Dato’ Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan bahawa usaha-usaha dakwah harus digerakkan secara bersama oleh semua agensi agama di negara ini. Beliau melihat sinergi sebegini akan memberikan impak yang lebih besar berbanding sekiranya sesebuah program dianjurkan oleh sesebuah pihak sahaja.

Beliau berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan bersama warga YADIM pagi ini. Beliau yang baharu dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, melahirkan kesyukuran kerana diberi amanah mentadbir YADIM selama lebih kurang 2 tahun sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Menteri pada 28 Julai lalu.Menurut beliau, beliau akan meneruskan tugas-tugas sebagai Yang Dipertua YADIM sehingga Yang Dipertua baharu dilantik oleh YAB Perdana Menteri.

Beliau juga menegaskan bukan masanya lagi untuk mana-mana agensi agama mendabik dada untuk menonjolkan bahawa hanya agensi mereka sahaja yang berjaya melaksanakan tugas-tugas dakwah. Sebaliknya, kita semua harus berpakat dan melaksanakan setiap program secara bersama. Selain memperlihatkan kesatuan yang jitu antara setiap agensi, kesan terhadap pengisian program tersebut dapat dirasai oleh kelompok masyarakat.

Sepanjang dilantik menjadi Yang Dipertua bermula Jun 2013, beliau telah menjalinkan pelbagai kerjasama dengan pihak dan agensi lain termasuk TV Al-Hijrah dalam program Karnival Hijrah, jabatan-jabatan agama seluruh Malaysia dalam program Seminar Pemantapan Akidah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam program Bicara Sakinah dan juga kerjasama dengan pihak CIMB Islamic dalam program Celik Muamalah.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad, En. Mohd Rizal Mohd Rosli, Pengurus Besar Pengurusan dan Ustaz Mohd Fadzil Abu Kasim, Pengurus Besar Operasi.

Dato’ Dr Asyraf Wajdi dan seluruh warga kemudiannya menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri YADIM yang berlangsung di Bilik Mesyuarat 2, YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *